Pilih menu pada panel kawalan pencetak seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Pengurus Kenalan
Pilih Tambah/Edit/Padam.
Pilih tab Tambah Baru kemudian, pilih Tambah Kumpulan.
Pilih jenis destinasi daripada pilihan yang dipaparkan.
Anda tidak boleh menukar jenis selepas pendaftaran selesai. Jika anda ingin mengubah jenis, padamkan kumpulan tersebut dan kemudian, daftar sekali lagi.
Pilih nombor yang anda ingin daftarkan Nombor Daftaran
Masukkan Nama Kumpulan (Diperlukan) dan Indeks Perkataan.
Pilih Knln Ditmbhkn pd Kumpulan (Diperlukan), pilih kenalan yang mahu anda tambah dan kemudian, pilih Tutup.
Pilih OK untuk menggunakan tetapan.