Menggantikan Kotak Penyelenggaraan

Dalam beberapa kitaran cetakan jumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam kotak penyelenggaraan. Ia juga mengandungi cecair untuk penyelenggaraan. Ia perlu untuk menggantikan kotak penyelenggaraan apabila ia menghampiri akhir hayat perkhidmatannya atau cecair untuk penyelenggaraan sudah habis. Untuk menghalang dakwat bocor daripada kotak penyelenggaraan, pencetak direka untuk menghentikan cetakan apabila kotak penyelenggaraan berada pada akhir hayat perkhidmatannya. Sama ada dan berapa kerap perkara ini diperlukan berbeza mengikut jumlah halaman yang anda cetak, jenis bahan yang anda cetak dan bilangan kitaran cucian yang pencetak lakukan.

Apabila mesej dipaparkan yang meminta anda menggantikan kotak penyelenggaraan, rujuk kepada animasi yang dipaparkan pada panel kawalan. Keperluan untuk penggantian kotak tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini. Ia adalah bahagian yang boleh diselenggara pengguna.

Perhatian:

Apabila kotak penyelenggaraan berada pada akhir hayat perkhidmatannya, anda tidak boleh mencetak dan membersihkan kepala cetak sehingga ia digantikan untuk mengelak kebocoran dakwat. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan operasi yang tidak menggunakan dakwat seperti imbasan.