Menetapkan Destinasi Cetakan apabila Menerima Faks

Anda perlu membuat tetapan pada pencetak untuk menggunakan dulang output pilihan untuk mencetak faks yang diterima.

  • Apabila menggunakan penyudah kokot:

    Pilih dalam susunan berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Pencetak > Output: Faks > Dulang penyudah atau Dulang output

    Jika anda memilih Auto, destinasi cetakan ditetapkan kepada dulang output.

    Anda tidak boleh menggunakan ciri pengokotan untuk cetakan faks masuk.

  • Apabila menggunakan dulang dalaman:

    Pilih dalam susunan berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Pencetak > Output: Faks > Dulang Dalaman

    Jika anda memilih Auto, destinasi cetakan ditetapkan kepada dulang dalaman.

Penting:

Semasa menggunakan dulang penyudah, jangan keluarkan cetakan semasa tugas cetak sedang berjalan. Kedudukan cetak mungkin tidak sejajar.