Terdapat bateri dalam pencetak.
Label tong sampah yang dipangkah boleh ditemui pada produk anda yang menunjukkan bahawa produk ini dan bateri yang terpasang padanya tidak boleh dilupuskan melalui sisa sampah rumah yang biasa. Bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan bahaya kepada alam sekitar atau kesihatan manusia, sila asingkan produk ini dan baterinya daripada sisa sampah yang lain untuk memastikan ia boleh dikitar semula dalam cara yang mesra alam. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pusat pengumpulan, sila hubungi pejabat kerajaan tempatan anda atau penjual tempat anda membeli produk ini. Simbol penggunaan bahan kimia Pb, Cd atau Hg menunjukkan jika logam ini digunakan dalam bateri.
Maklumat ini hanya terpakai kepada pelanggan di Kesatuan Eropah, selaras dengan Arahan 2006/66/EC PARLIMEN EROPAH DAN MAJLIS PERBANDARAN pada 6 September 2006 terhadap bateri dan pengumpulnya serta sisa bateri dan pengumpulnya, pemansuhan Arahan 91/157/EEC dan pengubahan perundangan serta melaksanakannya ke dalam pelbagai sistem undang-undang negara, juga kepada pelanggan di negara-negara di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) di mana mereka telah melaksanakan peraturan yang sama.
Untuk negara lain, sila hubungi kerajaan tempatan anda untuk mengetahui tentang kitar semula produk anda.
