Anda boleh menyisipkan helaian slip (pembahagi) di antara kertas yang disalin untuk setiap bilangan salinan atau tugas yang ditentukan.
Anda juga boleh menentukan nombor halaman tempat anda menyisipkan helaian slip atau mencetak halaman yang ditentukan pada jenis kertas yang berbeza.

Letakkan dokumen.
Pilih Salin pada skrin utama.
Pilih tab Lanjutan kemudian, pilih Pntp & Helaian Slip.
Pilih Akhir Tugas atau Akhir Set di bawah Helaian Pemisah, dayakan tetapan dan kemudian, tentukan tetapan lain jika perlu.
Jika anda mahu menentukan nombor halaman tempat anda menyisipkan helaian slip atau mencetak halaman yang ditentukan pada jenis kertas yang berbeza, pilih Akhir Halaman atau Bab dan kemudian, tentukan butiran seperti nombor halaman atau tetapan kertas lain.
Tetapan Akhir Halaman atau Bab disimpan untuk setiap halaman dan dipaparkan dalam senarai.
Tetapkan bilangan salinan.
Jika anda memilih Akhir Halaman atau Bab dan membuat berbilang salinan, kami mengesyorkan anda agar memilih Semakan Salinan. Anda boleh membuat satu salinan untuk memeriksa hasil salinan dan kemudian, menyalin salinan yang tinggal.
Ketik
.