Melakukan ujian sambungan ke pelayan LDAP dengan menggunakan parameter yang ditetapkan pada LDAP Server > Search Settings.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP rangkaian (standard/tambahan) yang anda ingin konfigurasikan daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard atau Tambahan) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Network > LDAP Server > Connection Test
Pilih Start.
Ujian sambungan dimulakan. Selepas ujian tersebut, laporan semakan dipaparkan.