> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Produk > Menyekat Sambungan USB dan Penggunaan Memori Luaran

Menyekat Sambungan USB dan Penggunaan Memori Luaran

Anda boleh menyahdayakan antara muka yang digunakan untuk menyambungkan peranti ke pencetak. Buat tetapan sekatan untuk menyekat pencetakan dan pengimbasan selain daripada melalui rangkaian.

  • Kawalan port USB: mengurangkan kemungkinan data diambil melalui pengimbasan dokumen sulit tanpa kebenaran.

  • Sambungan USB bagi komputer: mencegah penggunaan peranti tanpa kebenaran dengan menghalang cetakan atau imbasan tanpa melalui rangkaian.

Perhatian:

Anda juga boleh membuat tetapan sekatan pada panel kawalan pencetak.

  • Memory Device: Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Pencetak > Peranti Memori

  • Sambungan PC melalui USB: Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Pencetak > Sambungan PC melalui USB

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Product Security > External Interface

  4. Pilih Disable pada fungsi yang ingin anda tetapkan.

    Pilih Enable apabila anda ingin membatalkan kawalan.

    • Memory Device
      Halang penyimpanan data ke memori luaran melalui port USB untuk sambungan peranti luaran.
    • PC connection via USB
      Anda boleh menyekat penggunaan sambungan USB dari komputer. Jika anda ingin menyekatnya, pilih Disable.
  5. Klik OK.

  6. Pastikan port yang dinyahdayakan tidak boleh digunakan.

    • Memory Device
      Pastikan tiada respons semasa menyambung peranti storan seperti memori USB kepada antara muka luaran port USB.
    • PC connection via USB
      Jika pemacu telah dipasang pada komputer
      Sambungkan pencetak ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan pencetak tidak mencetak dan mengimbas.
      Jika pemacu tidak dipasang pada komputer
      Windows:
      Buka pengurus peranti dan biarkannya, sambungkan pencetak ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan kandungan paparan pengurus peranti kekal tidak berubah.
      Mac OS:
      Sambungkan pencetak ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan pencetak tidak disenaraikan jika anda ingin menambahkan pencetak daripada Pencetak & Pengimbas.