Menyediakan Syarat Penghantaran untuk Get Laluan VoIP <Epson Device Admin>

Bahagian ini menerangkan cara untuk menyediakan syarat penghantaran bagi get laluan VoIP berdaftar.

Pilih Fax > IP-FAX Settings > VoIP Gateway Settings daripada templat konfigurasi dan kemudian, tetapkan syarat penghantaran untuk get laluan VoIP berdaftar bersama tetapan get laluan VoIP lain.

  1. Pilih item yang anda mahu untuk mengedit syarat penghantaran dalam senarai VoIP Gateway Priority Settings dan kemudian, klik Edit.

    Skrin VoIP Gateway Priority Settings dipaparkan.

  2. Tetapkan setiap item.

    • VoIP Gateway(ID)
      Pilih ID pendaftaran get laluan VoIP yang anda mahu untuk disambungkan apabila syarat penghantaran sepadan.
    • Conditions
      Masukkan nombor faks destinasi asal.
  3. Klik OK.

Perhatian:
  • Bagi mengubah syarat penghantaran untuk get laluan VoIP, pilih item yang mahu anda ubah dalam senarai VoIP Gateway Priority Settings dan kemudian, klik Edit.

  • Bagi memadamkan syarat penghantaran untuk get laluan VoIP, pilih item yang mahu anda padam dalam senarai VoIP Gateway Priority Settings dan kemudian, klik Delete.

  • Bagi memadamkan syarat penghantaran untuk get laluan VoIP, klik Delete All dalam senarai VoIP Gateway Priority Settings.