Pada tab Kemasan pemacu pencetak, pilih Lipat Separuh (Cetak Bahagian Luar), Lipat Separuh (Cetak Bahagian Dalam), atau Lipat Separuh dan Cantuman Pelana daripada Lipat/Cantuman Pelana.
Klik Tetapan Buku Kecil, pilih buku kecil, kemudian pilih Pengikatan Pusat atau Pengikatan Sisi.
Pilih pilihan yang anda mahu gunakan dan kemudian klik OK.
Tetapkan item lain dan klik OK.
Sekiranya buku kecil atau kertas berada dalam dulang buku kecil, anda tidak akan dapat memulakan pencetakan ikatan buku. Pastikan tiada apa-apa pada dulang buku kecil.
Jika anda mahu mencetak pada satu muka, tetapkan Pencetakan 2 sisi pada tab Utama kepada Mati. Apabila mencetak pada satu muka, anda tidak boleh menetapkan Halaman Mula dalam Settings atau buku kecil dalam Tetapan Buku Kecil.
Klik Cetak.