Baca helaian arahan yang dibekalkan dengan kertas.
Kipas dan sejajarkan tepi kertas sebelum memuat.

Sekiranya kertas digulung, ratakan atau gulung sedikit dalam arah bertentangan sebelum memuat. Mencetak atas kertas bergulung boleh menyebabkan kertas tersekat dan comot pada cetakan.

Jika kelepak di sebelah sisi pendek, pastikan anda menyertakan kelepak semasa menetapkan saiz tentuan pengguna.
Jika sampul surat bergulung, ratakan atau gulung sedikit dalam arah bertentangan sebelum mengisi sampul surat itu. Mencetak atas sampul surat bergulung boleh menyebabkan kertas tersekat dan comot pada cetakan.

Kipas dan sejajarkan tepi sampul surat sebelum memuat. Apabila sampul surat yang disusun dipenuhi dengan udara, tekan mereka untuk meratakannya sebelum memuat.

Perhatikan yang berikut semasa menyimpan kertas.
Letakkan kertas yang selebihnya ke dalam beg plastik dan tutup untuk mengelakkan kertas daripada menyerap lembapan.
Simpan di tempat yang kurang lembap. Jangan basahkan kertas.
Jauhkan daripada cahaya matahari.
Jangan tegakkan kertas, letakkannya secara mendatar.
Walaupun anda menyimpan kertas seperti cara yang disebut di atas, kemerosotan kualiti cetakan atau kertas tersekat boleh berlaku bergantung pada persekitaran. Sebelum menggunakan kertas yang disimpan, cuba cetak menggunakan sedikit kertas dan perhatikan jika terdapat kertas tersekat atau comot pada cetakan.