Kaedah ini membolehkan anda menyambungkan pencetak secara terus ke peranti pintar tanpa penghala wayarles.
Anda perlu memasang Wireless LAN Interface-P1 pilihan untuk menggunakan fungsi ini.
Anda hanya perlu membuat tetapan ini sekali sahaja untuk pencetak dan peranti pintar yang ingin disambungkan. Melainkan anda menyahdayakan Wi-Fi Direct atau memulihkan tetapan rangkaian kepada tetapan lalai, anda tidak perlu membuat tetapan ini lagi.
Pilih
pada skrin utama.
Pilih Wi-Fi Direct.
Pilih Mulakan Persediaan.
Pilih Peranti OS Lain.

Nama Rangkaian(SSID) dan Kata Laluan untuk Wi-Fi Direct untuk pencetak dipaparkan.
Pada skrin Wi-Fi peranti pintar, pilih SSID yang ditunjukkan pada panel kawalan pencetak dan masukkan kata laluan.

Pada panel kawalan pencetak, pilih Seterusnya.
Pada peranti pintar, mulakan Epson Smart Panel.
Pada Epson Smart Panel, peranti pintar disambungkan secara automatik ke pencetak apabila ia bermula. Ikut arahan pada skrin.
Pada panel kawalan pencetak, pilih Selesai.
Untuk peranti pintar yang telah disambungkan ke pencetak sebelum ini, pilih nama rangkaian (SSID) pada skrin Wi-Fi peranti pintar untuk menyambungnya semula.