Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
Pilihan Menu Asas untuk Menyalin
Mod Warna
Pilih sama ada hendak menyalin dalam warna atau monokrom.
Auto
Mengesan sama ada dokumen asal adalah dalam warna atau monokrom dan menyalin secara automatik menggunakan mod warna yang paling sesuai.
Bergantung pada dokumen asal, dokumen monokrom mungkin dikesan sebagai berwarna atau dokumen berwarna sebagai monokrom. Jika pengesanan automatik tidak beroperasi dengan betul, salin dengan memilih Warna atau H&P sebagai mod warna atau tetapkan sensitiviti pengesanan. Anda boleh menetapkan sensitiviti dengan memilih Tetapan pada skrin utama > Tetapan Umum > Pentadbiran Sistem > Kepekaan Warna Salinan.
Warna
Menyalin dokumen asal dalam salinan warna.
H&P
Menyalin dokumen asal dalam salinan hitam dan putih (monokrom).
Ketumpatan
Tingkatkan tahap ketumpatan apabila hasil salinan kabur. Mengurangkan tahap ketumpatan apabila dakwat comot.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas yang anda mahu gunakan. Apabila Auto dipilih, saiz yang sesuai dimuatkan secara automatik bergantung pada saiz dokumen asal yang dikesan dan nisbah pembesaran yang ditentukan.
Kecilkan/Besarkan
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal dalam julat 25 hingga 400%.
Auto
Mengesan kawasan imbasan dan membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal secara automatik untuk dimuatkan ke dalam saiz kertas yang anda pilih. Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen asal, margin putih daripada tanda sudut () kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.
Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkan/Besarkan untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkan/Besarkan lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Bentuk Bebas(mm)
Tentukan panjang menegak dan mendatar kertas untuk membesarkan atau mengecilkannya.
Bentuk Bebas(%)
Tentukan pembesaran berbeza untuk panjang menegak dan mendatar dokumen asal untuk membesarkan atau mengecilkannya.
Saiz Sbnr
Menyalin pada saiz pembesaran 100%.
A3→A4 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Jenis Asal
Pilih jenis dokumen anda. Menyalin dalam kualiti optimum untuk dipadankan dengan jenis dokumen asal.
2 Muka
Pilih bentangan 2 muka.
1→1 Muka
Menyalin satu belah dokumen asal kepada satu belah kertas.
2>2 Muka
Menyalin kedua-dua belah dokumen asal dua belah kepada kedua-dua belah satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda serta kedudukan pengikatan dokumen asal dan kertas.
1>2 Muka
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada kedua-dua muka pada satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan kertas.
2>1 Muka
Menyalin kedua-dua muka dokumen asal dua muka kepada satu muka pada dua helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan dokumen asal.
Berbilang Halaman
Pilih bentangan salinan.
Satu Hlmn
Menyalin satu dokumen asal satu muka kepada satu helaian.
2-atas
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
4-atas
Menyalin empat dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 4-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
Menyelesaikan
Menyelesaikan
Pilih Menyusun (Urutan Hlmn) untuk mencetak dokumen berbilang halaman yang dikumpulkan mengikut susunan dan disusun menjadi set.
Pilih Kumpulan (Hlmn Sama) untuk mencetak dokumen berbilang halaman dengan mendapatkan halaman bernombor sama sebagai kumpulan.
Tlk Kluar Kertas
Jika anda memilih Putar Isih, anda boleh mencetak berselang-seli dalam arah potret dan landskap. Pilih Auto sebagai Tetapan Kertas semasa menggunakan ciri ini.
Jika anda memilih Anjak Isih, anda boleh ofset setiap set salinan. Dipaparkan apabila penyudah dipasang.
Kokot
Pilih lokasi kokot. Dipaparkan apabila penyudah dipasang.
Tebuk
Pilih lokasi untuk menebuk lubang. Dipaparkan apabila unit tebuk dipasang.
Cantuman Pelana
Buat tetapan berikut apabila anda ingin membuat cetakan cantuman pelana.
Menu ini dipaparkan hanya apabila fungsi cantuman pelana didayakan.
Cantuman Pelana
Membolehkan anda membuat salinan cantuman pelana.
Helaian per Kokot
Tentukan bilangan halaman untuk cantuman pelana.
Pisah
Membolehkan anda mencetak secara berasingan.
Penutup
Membolehkan anda menambahkan penutup pada salinan.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas tempat anda mengisi kertas untuk penutup.
Lipat Separuh
Tentukan tetapan ini apabila anda mahu membuat salinan separuh berlipat.
Menu ini dipaparkan hanya apabila fungsi lipat separuh didayakan.
Lipat Separuh
Membolehkan anda membuat salinan lipatan separuh.
Helaian per Lipat
Tentukan bilangan halaman untuk lipat separuh.
Pisah
Membolehkan anda memisahkan salinan apabila ia ditolak keluar.
Penutup
Membolehkan anda menambahkan penutup pada salinan.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas tempat anda mengisi kertas untuk penutup.
Mod Cetakan
Pilih sama ada hendak mencetak di bahagian luar atau dalam kertas yang dilipat separuh.
Lipat Tiga Kali
Tentukan tetapan ini apabila anda mahu membuat salinan tiga lipatan.
Menu ini dipaparkan hanya apabila fungsi tiga lipatan didayakan.
Lipat Tiga Kali
Membolehkan anda membuat salinan tiga lipatan.
Helaian per Lipat
Tentukan bilangan halaman tiga lipatan.
Mod Cetakan
Pilih sama ada mahu mencetak di luar atau di dalam kertas tiga lipatan.