Tentukan tetapan ini apabila anda ingin membuat cetakan lipat separuh.
Menu ini dipaparkan hanya apabila fungsi lipat separuh didayakan.
Lipat Separuh
Membolehkan anda membuat cetakan lipat separuh.
Helaian per Lipat
Tentukan bilangan halaman untuk lipat separuh.
Pisah
Membolehkan anda untuk memisahkan cetakan apabila dikeluarkan.
Penutup
Membolehkan anda menambahkan penutup pada cetakan.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas tempat anda mengisi kertas untuk penutup.
Mod Cetakan
Pilih sama ada hendak mencetak di bahagian luar atau dalam kertas yang dilipat separuh.
Lipat Tiga Kali
Tentukan tetapan ini apabila anda mahu membuat cetakan tiga lipatan.
Menu ini dipaparkan hanya apabila fungsi tiga lipatan didayakan.
Lipat Tiga Kali
Membolehkan anda membuat cetakan tiga lipatan.
Helaian per Lipat
Tentukan bilangan halaman tiga lipatan.
Mod Cetakan
Pilih sama ada mahu mencetak di luar atau di dalam kertas tiga lipatan.
Orientasi Terbuka
Pilih orientasi terbuka.
Pntp & Helaian Slip
Penutup
Tentukan ini apabila anda ingin menambahkan penutup pada cetakan anda.
Penutup Depan
Membolehkan anda menambahkan penutup depan pada cetakan. Jika anda telah mengisi kertas untuk penutup depan, pilih sumber kertas dalam Tetapan Kertas. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup depan, pilih Jangan cetak dalam Mod Cetakan.
Penutup Belakang
Membolehkan anda menambahkan penutup belakang pada cetakan. Jika anda telah mengisi kertas untuk penutup depan, pilih sumber kertas dalam Tetapan Kertas. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup belakang, pilih Jangan cetak dalam Mod Cetakan.
Helaian Pemisah
Tentukan tetapan ini apabila anda ingin memasukkan helaian slip ke dalam cetakan.
Akhir Tugas
Membolehkan anda memasukkan helaian slip untuk setiap tugas cetak. Jika anda telah mengisi kertas untuk helaian slip, pilih sumber kertas dalam Tetapan Kertas.
Akhir Set
Membolehkan anda memasukkan helaian slip untuk setiap set. Jika anda telah mengisi kertas untuk helaian slip, pilih sumber kertas dalam Tetapan Kertas. Anda juga boleh menentukan selang penyisipan untuk helaian slip dalam Helaian per Set.
Akhir Halaman atau Bab
Membolehkan anda membuat tetapan untuk memasukkan helaian slip bab pada halaman yang anda mahu masukkannya. Nilai tetapan disimpan dan dipaparkan dalam senarai. Anda boleh menyemak butiran tetapan dengan memilih tetapan daripada senarai. Anda juga boleh mengedit dan memadamkan tetapan.
Margin Pengikatan
Pilih margin jilid dan kedudukan jilid untuk cetakan 2 muka.
Kertas Kurgkn utk Muat
Mencetak data pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkan/Besarkan untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkan/Besarkan lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Bekas Output
Pilih dulang output yang hendak digunakan untuk cetakan. Menu ini dipaparkan hanya apabila penyudah kokot dipasang.
Cop
Cop
Pilih Hidup untuk mencetak cop pada cetakan anda.
Jenis
Pilih jenis cop.
Kedudukan Cap
Pilih kedudukan cop.
Halaman Cetak
Pilih halaman yang anda mahu mencetak cop.
Saiz
Pilih saiz cop.
Cetak Berwarna
Pilih warna cop.
Kelutsinaran
Pilih sama ada mahu cop lut sinar atau tidak.
Cop Tarikh
Cop Tarikh
Pilih Hidup untuk mencetak cop tarikh pada cetakan anda.
Format Tarikh
Pilih format tarikh.
Kedudukan Cap
Pilih kedudukan untuk cop tarikh.
Saiz
Pilih saiz cop tarikh.
Latar Belakang
Pilih sama ada mahu latar belakang cop tarikh menjadi putih atau tidak. Jika anda memilih Putih, anda boleh melihat cop tarikh dengan jelas apabila latar belakang untuk data tersebut bukan putih.
Penomboran Halaman
Penomboran Halaman
Pilih Hidup untuk mencetak nombor halaman pada cetakan anda.
Format
Pilih format untuk penomboran halaman.
Kedudukan Cap
Pilih kedudukan untuk penomboran halaman.
Ubah Penomboran
Pilih halaman yang hendak dicetak nombor halaman. Pilih Nombor Halaman Permulaan untuk menentukan halaman yang akan dimulakan cetakan nombor halaman. Anda juga boleh menentukan nombor halaman permulaan dalam Nombor Cetakan Pertama.
Saiz
Pilih saiz nombor.
Latar Belakang
Pilih sama ada ingin menjadikan latar belakang nombor halaman berwarna putih. Jika anda memilih Putih, anda boleh melihat nombor halaman dengan jelas jika latar belakang untuk data bukan putih.
Anjkn Kddkn Ctk
Tentukan kedudukan cetak pada kertas. Tetapkan margin untuk bahagian atas dan kiri kertas.
Set Cetakan
Pilih apabila mencetak salinan dalam beberapa kumpulan. Anda boleh menetapkan bilangan salinan, bilangan set dan pilihan pengemas.