Mendaftarkan Penerima ke Kenalan daripada Web Config (Apabila Papan Faks Pilihan Dipasang)

Apabila mendaftarkan penerima ke senarai kenalan, anda juga boleh menambah tetapan talian.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Scan/Copy atau tab Fax > Contacts

  4. Pilih nombor yang ingin didaftarkan, kemudian klik Edit.

  5. Masukkan Name dan Index Word.

  6. Pilih Fax sebagai pilihan Type.

    Perhatian:

    Anda tidak boleh menukar pilihan Type selepas pendaftaran selesai. Jika anda ingin menukar jenis, padam destinasi dan daftar semula.

  7. Pilih talian di Select Line, kemudian klik Apply.

    Harap maklum bahawa Select Line ditetapkan pada G3-Auto secara lalai.