Cuba penyelesaian masalah berikut mengikut susunan dari atas sehingga anda dapat menyelesaikan masalah itu.
Pastikan anda memadankan jenis kertas yang diisi dalam pencetak dan jenis kertas yang ditetapkan pada pencetak dengan tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak.
Gunakan tetapan kualiti lebih tinggi pada pemacu pencetak. Anda mungkin tidak dapat memilih tetapan untuk kualiti yang lebih tinggi pada sesetengah model pencetak.
Pasang semula katrij dakwat yang telah dipasang dalam pencetak.
Memasang semula kartrij dakwat boleh membersihkan muncung kepala cetak yang tersumbat dan membolehkan dakwat mengalir dengan lancar.
Walau bagaimanapun, memandangkan dakwat digunakan semasa kartrij dakwat dipasang semula, satu mesej yang meminta anda menggantikan kartrij dakwat boleh dipaparkan bergantung kepada baki dakwat.
Jalankan pemeriksaan muncung untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat.
Sekiranya muncung tersumbat, bersihkan kepala cetakan.
Harap maklum bahawa pembersihan kepala cetak menggunakan dakwat.
Pastikan anda menggunakan kartrij dakwat Epson yang tulen.
Cuba gunakan kartrij dakwat tulen Epson. Produk ini direka bentuk untuk menyesuaikan warna berdasarkan penggunaan kartrij dakwat tulen Epson. Penggunaan kartrij dakwat bukan tulen boleh menyebabkan kualiti cetakan merosot.
Pastikan tiada sisa serpihan kertas tertinggal di dalam pencetak.
Periksa kertas.
Periksa sama ada kertas bergulung atau diisi dengan bahagian yang boleh dicetak menghadap ke atas.
Pastikan anda tidak menggunakan kartrij dakwat lama.
Untuk hasil terbaik, Epson mengesyorkan supaya menggunakan kartrij dakwat sebelum tarikh yang dicetak pada pakej atau dalam tempoh enam bulan selepas membuka pakej, mana-mana yang lebih awal.
Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan memeriksa penyelesaian di atas, anda mungkin perlu meminta pembaikan. Hubungi sokongan Epson.