Anda boleh mengganggu tugas cetakan semasa dan melaksanakan tugas lain yang telah diterima.
Bagaimanapun, anda tidak boleh mengganggu tugas baharu daripada komputer.
Ketik
pada panel kawalan pencetak semasa mencetak.
Pencetakan diganggu dan pencetak memasuki mod gangguan.
Pilih Status Tugas pada skrin utama.
Pilih tab Status Tugas, kemudian pilih tugas yang mahu anda ganggu daripada senarai Aktif.
Pilih Butiran untuk memaparkan Butiran Tugas.
Pilih ganggu pada tetingkap yang dipaparkan.
Tugas cetakan yang anda pilih dilaksanakan.
Untuk memulakan semula tugas yang dihentikan sebentar, ketik
sekali lagi untuk keluar daripada mod gangguan. Selain itu, apabila tiada operasi dilakukan untuk tempoh masa tertentu selepas tugas cetakan diganggu, pencetak akan keluar daripada mod gangguan.