Mendaftarkan Get Laluan VoIP

Daftar get laluan VoIP yang anda mahu guna untuk menghantar dan menerima faks IP.

  1. Akses Web Config dan kemudian, pilih tab Fax > IP-FAX Settings > VoIP Gateway Settings.

  2. Klik Registered VoIP Gateway > Edit.

    Skrin yang menunjukkan senarai get laluan VoIP berdaftar dipaparkan.

  3. Pilih nombor yang anda mahu daftar atau edit dan kemudian, klik Edit.

  4. Tetapkan setiap item.

    • Name
      Masukkan nama get laluan VoIP menggunakan maksimum 30 aksara yang boleh dinyatakan dalam UTF-16. Walau bagaimanapun, aksara kawalan (0x00 hingga 0x1F dan 0x7F) tidak boleh digunakan.
    • IP Address
      Masukkan nama hos atau alamat IP untuk get laluan VoIP. Anda boleh memasukkan 0 hingga 127 aksara yang boleh dinyatakan dalam ASCII (0x20 hingga 0x7E). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan ruang putih atau aksara berikut: "<>\^`{¦}
    • Port Number
      Masukkan nombor port untuk get laluan VoIP menggunakan nombor bait tunggal dalam julat 1 hingga 65535.
  5. Klik OK.

    Tetapan ditunjukkan pada pencetak.