Menghantar Dokumen Sama Beberapa Kali

Memandangkan anda boleh menghantar faks menggunakan dokumen yang disimpan dalam pencetak, anda boleh menjimatkan masa mengimbas dokumen apabila anda perlu menghantar dokumen yang sama dengan kerap. Anda boleh menyimpan sehingga 200 halaman daripada satu dokumen dalam monokrom. Anda boleh menyimpan 200 dokumen dalam kotak dokumen yang disimpan pencetak.

Perhatian:

Menyimpan 200 dokumen mungkin tidak dapat dilakukan bergantung pada keadaan penggunaan seperti saiz fail bagi dokumen yang disimpan.

Menyimpan Faks Tanpa Menentukan Penerima (Spn Data Faks)

Memandangkan anda boleh menghantar faks menggunakan dokumen yang disimpan dalam pencetak, anda boleh menjimatkan masa mengimbas dokumen apabila anda perlu menghantar dokumen yang sama dengan kerap. Anda boleh menyimpan sehingga 200 halaman daripada satu dokumen dalam monokrom. Anda boleh menyimpan 200 dokumen dalam kotak dokumen yang disimpan pencetak.

Perhatian:

Menyimpan 200 dokumen mungkin tidak dapat dilakukan bergantung pada keadaan penggunaan seperti saiz fail bagi dokumen yang disimpan.

  1. Letakkan dokumen asal.

  2. Pilih Kotak Faks pada skrin utama.

  3. Pilih Dokumen Disimpan, ketik (Menu Peti) dan pilih Spn Data Faks.

  4. Dalam tab Tetapan Faks yang dipaparkan, buat tetapan seperti resolusi jika perlu.

  5. Ketik untuk menyimpan dokumen.

Menghantar Faks Menggunakan Ciri Dokumen Disimpan

  1. Pilih Kotak Faks pada skrin utama dan kemudian, pilih Dokumen Disimpan.

  2. Pilih dokumen yang hendak dihantar, kemudian pilih Hantar/Simpan > Hantar Faks.

    Apabila mesej Padamkan dokumen ini selepas menghantar? dipaparkan, pilih Ya atau Tidak.

  3. Nyatakan penerima.

  4. Pilih tab Tetapan Faks dan kemudian, buat tetapan seperti kaedah penghantaran jika perlu.

  5. Ketik untuk menghantar faks.