> Meletakkan Dokumen > Meletakkan Dokumen

Meletakkan Dokumen

Letakkan dokumen pada kaca pengimbas atau ADF.

Anda boleh meletakkan beberapa dokumen dalam ADF. Jika pengimbasan dupleks automatik tersedia, anda boleh mengimbas kedua-dua belah dokumen pada masa yang sama.

Lihat pautan di bawah untuk spesifikasi ADF.

Spesifikasi ADF

Ikut langkah di bawah untuk melihat animasi bagi meletakkan dokumen.

Pilih , kemudian pilih Letakkan Dokumen Asal di bawah Cara Untuk. Pilih cara meletakkan dokumen asal yang anda ingin guna dan pilih Cara Untuk untuk memaparkan animasi. Pilih Tutup untuk menutup skrin animasi.

Semasa menggunakan kaca pengimbas
Awas:

Berhati-hati supaya tidak memerangkap jari anda apabila menutup penutup dokumen. Jika tidak, anda mungkin tercedera.

Penting:
  • Apabila meletakkan dokumen asal yang besar seperti buku, elakkan cahaya luar daripada memancar terus pada kaca pengimbas.

    Sekiranya cahaya luar terlalu kuat, saiz dokumen anda mungkin tidak dapat dikesan secara automatik atau hasil penyalinan atau pengimbasan mungkin menjadi putih.

  • Jangan tekan terlalu kuat pada kaca pengimbas. Jika tidak, kaca boleh rosak.

  • Jangan tekan terlalu kuat pada dokumen. Jika anda tekan terlalu kuat, keadaan kabur, comot dan berbintik boleh berlaku.

  • Jika terdapat kesan lipat atau kedut pada dokumen, luruskan kesan itu dan letakkan di atas kaca pengimbas. Imej mungkin kelihatan kabur di bahagian dokumen yang tidak bersentuh rapat dengan kaca pengimbas.

  • Jika terdapat sebarang sampah atau kotoran pada kaca pengimbas, julat imbasan akan diluaskan untuk memasukkannya, oleh itu, imej asal boleh beralih atau dikecilkan. Buang sebarang sampah atau kotoran pada kaca pengimbas sebelum mengimbas.

  • Keluarkan dokumen asal selepas mengimbas. Sekiranya anda meninggalkan dokumen asal pada kaca pengimbas untuk tempoh yang lama, dokumen itu boleh melekat pada permukaan kaca.

Perhatian:
  • Julat 1.5 mm dari bahagian tepi kaca pengimbas tidak akan diimbas.

  • Apabila dokumen asal diletakkan dalam ADF dan pada kaca pengimbas, keutamaan diberikan kepada dokumen asal dalam ADF itu.

  • Sesetengah saiz mungkin tidak dikesan secara automatik. Dalam situasi begini, pilih secara manual saiz dokumen asal.

Apabila menggunakan ADF
Penting:
  • Jangan muatkan dokumen asal di atas garisan yang berada betul-betul di bawah simbol segi tiga dalam panduan tepi ADF.

  • Jangan menambah dokumen asal semasa mengimbas.

Perhatian:
  • Anda boleh meletakkan dokumen yang lebih kecil daripada saiz A4 dengan bahagian tepi panjang menghadap ke arah ADF.

  • Sesetengah saiz mungkin tidak dikesan secara automatik. Dalam situasi begini, pilih secara manual saiz dokumen asal.