
Jika pencetak disambungkan ke talian telefon dan tetapan asas telah diselesaikan menggunakan Bestari Tetapan Faks, anda boleh menerima faks.
Anda boleh menyimpan faks yang diterima, menyemaknya pada skrin pencetak dan memajukannya.
Faks yang diterima dicetak dalam tetapan awal pencetak.
Apabila anda ingin menyemak status tetapan faks, cetak Senarai Tetapan Faks dengan memilih Faks >
(Menu) > Laporan Faks > Senarai Tetapan Faks.
Anda tidak boleh melakukan perkara berikut semasa menerima faks.
- Terima faks lain pada masa dan talian yang sama
- Hantar faks pada talian yang sama
Anda boleh melakukan operasi penghantaran faks (sehingga peringkat menempah tugas) walaupun semasa menerima faks.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh melakukan operasi untuk menghantar faks bagi tugas yang tidak boleh ditempah, seperti menghantar menggunakan Bebas Tgn atau Hantar Terus.