> Panduan kepada Panel Kawalan > Konfigurasi Skrin Utama

Konfigurasi Skrin Utama

Tajuk

Menunjukkan skrin semasa.

Memaparkan maklumat untuk setiap item. Item yang dikelabukan tidak tersedia.

Memaparkan skrin Status Pencetak.

Memaparkan status sambungan rangkaian. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Panduan ke Ikon Rangkaian

Memaparkan skrin Tetapan Bunyi Peranti.

Anda boleh menetapkan Bisukan dan Mod Senyap. Anda boleh mengakses menu Bunyi daripada skrin ini.

Menunjukkan sama ada Mod Senyap ditetapkan untuk pencetak atau tidak. Apabila ciri ini didayakan, bunyi bising daripada operasi pencetak dikurangkan tetapi kelajuan cetakan mungkin berkurangan. Namun begitu, bunyi bising mungkin tidak dapat dikurangkan bergantung pada jenis kertas yang dipilih dan kualiti cetakan.

Menunjukkan bahawa Bisukan ditetapkan untuk pencetak.

Memasukkan pencetak ke dalam mod tidur. Apabila ikon dikelabukan, pencetak tidak boleh memasuki mod tidur.

Memaparkan skrin Bantuan. Anda boleh menyemak penyelesaian masalah dari sini.

Menunjukkan bahawa ciri sekatan pengguna didayakan. Pilih ikon ini untuk melog masuk ke pencetak. Anda perlu memilih nama pengguna dan kemudian memasukkan kata laluan. Hubungi pentadbir pencetak anda untuk mendapatkan maklumat log masuk.

Apabila dipaparkan, pengguna dengan kebenaran akses telah log masuk. Pilih ikon untuk log keluar.

Ini dipaparkan apabila kemas kini perisian tegar tersedia.

Ketiknya untuk mengemas kini perisian tegar bagi menambah baik ciri pencetak. Kami mengesyorkan untuk menggunakan pencetak dengan versi terkini perisian tegar.

Memaparkan setiap menu.

Anda boleh menukar kedudukan dan susunan ikon menu.

  • Salin

    Membolehkan anda menyalin dokumen.

  • Imbasan

    Membolehkan anda mengimbas dokumen dan menyimpannya ke peranti memori atau komputer.

  • Faks

    Membolehkan anda menghantar faks.

  • Pratetap

    Membolehkan anda mendaftarkan tetapan yang sering digunakan untuk menyalin, mengimbas atau menghantar faks sebagai pratetap.

  • Peranti Memori

    Membolehkan anda mencetak data JPEG, TIFF atau PDF pada peranti memori seperti pemacu kilat USB yang disambungkan ke pencetak.

  • Storan

    Membolehkan anda menyimpan data ke cakera keras terbina dalam dan untuk melihat, mencetak serta mengeluarkan sebagai fail pada bila-bila masa yang anda mahukan.

  • Kotak Faks

    Membolehkan anda menyimpan dokumen yang diterima, dokumen yang akan dihantar atau dokumen untuk mengumpul faks.

  • Cetak Drp Mmri Dlm

    Membolehkan anda untuk menyimpan sementara tugas yang dihantar daripada pemacu pencetak kepada memori pencetak sebelum mencetak. Anda boleh mencetak tugas yang dilindungi kata laluan dan menjalankan ujian cetakan apabila mencetak beberapa salinan.

  • Dail Pantas

    Jika anda telah menetapkan penerima yang didaftarkan dalam senarai kenalan kepada dail cepat, anda boleh menghantar faks dengan cepat kepada penerima itu.

  • Tetapan

    Membolehkan anda membuat tetapan yang berkaitan dengan penyelenggaraan, tetapan pencetak dan operasi.

  • Ciri Berguna

    Bahagian ini memperkenalkan fungsi berguna.

Memaparkan status tugas dan pencetak. Kandungan paparan berubah bergantung pada status pencetak.

Status Tugas

Memaparkan tugas yang sedang berlangsung dan tugas yang sedang menunggu. Ketik untuk memaparkan jenis tugas, masa tiba, nama pengguna dan sebagainya sebagai senarai. Nombor yang dipaparkan menunjukkan jumlah tugas yang sedang menunggu.

Menghentikan sebentar tugas cetakan semasa dan membenarkan anda mengganggu tugas lain yang sudah diterima oleh pencetak, mengganggu operasi penyalinan, dan sebagainya. Bagaimanapun, anda tidak boleh mengganggu tugas baharu daripada komputer.

Ketik sekali lagi untuk memulakan semula tugas yang dihentikan sebentar.

Memaparkan skrin Tetapan Kertas. Anda boleh memilih saiz kertas dan tetapan jenis kertas untuk setiap sumber kertas.

Maklumat untuk tugas yang terganggu, ralat atau faks yang belum dibaca dan nama tugas

Memaparkan status pencetak seperti status Terganggu, status Ralat, tugas semasa dan faks yang belum diproses.

Berhenti

Menghentikan seketika atau membatalkan tugas yang sedang diproses.

Jam

Jam

Nombor yang dipaparkan menunjukkan bilangan faks yang belum dibaca, dicetak atau disimpan.

Mengembalikan anda ke skrin utama.