> Faks (Pencetak Berkeupayaan Faks Sahaja) > Menghantar Faks Menggunakan Pencetak > Pelbagai Cara Menghantar Faks > Menghantar Dokumen Dengan Saiz Berbeza Menggunakan ADF (Imbas B'terusn ADF)

Menghantar Dokumen Dengan Saiz Berbeza Menggunakan ADF (Imbas B'terusn ADF)

Menghantar faks dengan menggantikan dokumen asal satu demi satu, atau dengan meletakkan dokumen asal mengikut saiz dalam ADF, anda boleh menghantarnya sebagai satu dokumen pada saiz asalnya sebagai saiz A4 atau A5.

Perhatian:

Jika anda meletakkan campuran dokumen asal berbeza saiz dalam ADF, dokumen asal akan dihantar dengan lebar helaian paling lebar di antaranya dan panjang setiap dokumen asal.

  1. Letakkan kelompok dokumen pertama mengikut saiz yang sama.

  2. Pilih Faks pada skrin utama.

  3. Nyatakan penerima.

    Memilih Penerima

  4. Pilih tab Tetapan Faks dan ketik tab Imbas B'terusn ADF untuk menetapkannya kepada Hidup.

    Anda turut boleh membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran jika perlu.

  5. Ketik (Hantar).

  6. Apabila imbasan set dokumen yang pertama selesai dan mesej dipaparkan pada panel kawalan yang meminta anda mengimbas dokumen berikutnya, tetapkan dokumen berikutnya, kemudian pilih Mula Mengimbas.

    Perhatian:

    Jika anda membiarkan pencetak tidak disentuh untuk tempoh yang ditetapkan dalam Masa Menunggu untuk Asal seterusnya selepas anda digesa untuk menetapkan dokumen seterusnya, pencetak akan berhenti menyimpan dan mula menghantar dokumen.