> Menyelesaikan Masalah > Tidak Boleh Cetak, Salin, Imbas atau Faks > Tidak Boleh Menghantar atau Menerima Faks > Tidak Boleh Menghantar atau Menerima Faks dalam Mac OS Walaupun Sambungan telah Diwujudkan Dengan Betul

Tidak Boleh Menghantar atau Menerima Faks dalam Mac OS Walaupun Sambungan telah Diwujudkan Dengan Betul

Salah satu situasi berikut mungkin penyebabnya.

Perisian tidak dipasang.

Penyelesaian

Pastikan pemacu PC-FAX telah dipasang pada komputer. Pemacu PC-FAX dipasang dengan FAX Utility. Ikut langkah-langkah di bawah untuk menyemak jika pemacu telah dipasang.

Pilih Keutamaan Sistem (atau Tetapan Sistem) daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), kemudian pastikan pencetak (faks) dipaparkan. Pencetak (faks) dipaparkan sebagai “FAX XXXX (USB)” atau “FAX XXXX (IP)”. Sekiranya pencetak (faks) tidak dipaparkan, klik [+] dan kemudian daftarkan pencetak (faks).

Pemacu PC-FAX dijeda.

Penyelesaian

Pilih Keutamaan Sistem (atau Tetapan Sistem) daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), kemudian klik dua kali pada pencetak (faks). Sekiranya pencetak dijeda, klik Sambung Semula (atau Sambung Semula Pencetak).

Terdapat masalah dengan sambungan faks dan tetapan faks.

Penyelesaian

Cuba penyelesaian untuk sambungan dan tetapan faks.