E-6

Penyelesaian:
  • Jika penapisan alamat MAC didayakan, daftar alamat MAC pencetak supaya ia tidak ditapis. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk butiran. Anda boleh menyemak alamat MAC pencetak daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian.

  • Jika penghala wayarles anda menggunakan pengesahan kongsi dengan sekuriti WEP, pastikan kunci pengesahan dan indeks adalah betul.

  • Jika bilangan peranti yang boleh disambung pada penghala wayarles kurang daripada bilangan peranti rangkaian yang anda mahu sambungkan, konfigurasikan semula tetapan pada penghala wayarles untuk meningkatkan bilangan peranti yang boleh disambung. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk butiran.

  • Matikan penghala wayarles. Tunggu kira-kira 10 saat dan kemudian hidupkannya.

  • Konfigurasikan semula tetapan rangkaian pencetak.