Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Faks > Kerap
Anda boleh menghantar faks menggunakan kenalan berdaftar yang kerap digunakan atau menggunakan sejarah faks yang baru dihantar.
Kerap
Kenalan kerap
Memaparkan kenalan yang anda daftarkan dalam Tetapan > Pengurus Kenalan > Kerap.
(Carian)
Memaparkan skrin Di Mana untuk Mencari. Pilih daripada Kenalan atau LDAP (Pelayan Syarikat), dan kemudian, cari penerima dalam senarai yang dipilih.
(Dail Pantas)
Pilih penerima dengan memilih nombor yang didaftarkan dalam senarai kenalan.
(Terkini)
Pilih penerima daripada sejarah faks yang dihantar. Anda juga boleh menambah penerima kepada senarai kenalan.
Butang Operasi Pantas
Memaparkan sehingga empat item yang kerap digunakan seperti Log Pemancaran dan Jenis Asal. Ini membolehkan anda membuat tetapan dengan cepat dan mudah.
Anda mesti memperuntukkan item terlebih dahulu dalam Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Faks > Tetapan Pengguna > Butang Operasi Pantas