Anda boleh mencetak pada kedua-dua bahagian kertas.

Sekiranya anda tidak menggunakan kertas yang sesuai untuk mencetak 2 muka, kualiti cetakan mungkin boleh merosot dan kertas tersekat mungkin berlaku.
Bergantung kepada kertas dan data, dakwat mungkin menembusi ke sisi lain kertas.
Pada tab Utama pemacu pencetak, pilih kaedah Pencetakan 2 sisi.
Klik Tetapan, buat tetapan yang berkenaan dan kemudian, klik OK.
Tetapkan item lain pada tab Utama, Kemasan atau Lagi Pilihan jika perlu, kemudian klik OK.
Klik Cetak.