> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Produk > Menetapkan Dasar Kata Laluan

Menetapkan Dasar Kata Laluan

Anda boleh meningkatkan kekuatan kata laluan dengan mengehadkan jenis aksara dan bilangan aksara dalam kata laluan anda.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Product Security > Password Policy

  4. Ubah tetapan sebagaimana yang diperlukan.

    • Password Policy
      Pilih ON untuk mendayakan Password Policy. Apabila ini didayakan, anda boleh menetapkan item berikut.
    • Minimum Password Length
      Tetapkan bilangan minimum aksara untuk kata laluan.
    • Include Uppercase Alphabet
      Apabila didayakan, kata laluan mesti mengandungi satu atau lebih huruf besar.
    • Include Lowercase Alphabet
      Apabila didayakan, kata laluan mesti mengandungi satu atau lebih huruf kecil.
    • Include Number
      Apabila didayakan, kata laluan mesti mengandungi satu atau lebih nombor.
    • Include Punctuation Mark
      Apabila didayakan, kata laluan mesti mengandungi satu atau lebih tanda baca.
  5. Klik OK.