> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Rangkaian > Mengawal Menggunakan Protokol

Mengawal Menggunakan Protokol

Anda boleh mencetak menggunakan pelbagai laluan dan protokol.

Jika anda menggunakan pencetak berbilang fungsi, anda boleh menggunakan pengimbasan rangkaian dan PC-FAX daripada bilangan komputer rangkaian yang tidak ditentukan.

Anda boleh mengurangkan risiko keselamatan yang tidak diingini dengan mengehadkan pencetakan daripada laluan tertentu atau dengan mengawal fungsi yang tersedia.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan protokol.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP rangkaian (standard/tambahan) yang anda ingin konfigurasikan daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard atau Tambahan) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Network Security > Protocol

  4. Konfigurasikan setiap item.

  5. Klik Next.

  6. Klik OK.

    Tetapan digunakan pada pencetak.