> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Rangkaian > Tetapan S/MIME > Mengimport Sijil Penyulitan ke Destinasi E-mel

Mengimport Sijil Penyulitan ke Destinasi E-mel

Untuk menggunakan penyulitan e-mel, anda perlu mengimport sijil penyulitan untuk setiap destinasi yang didaftarkan dalam senarai kenalan.

Bahagian ini menerangkan prosedur untuk mengimport sijil penyulitan ke destinasi e-mel yang didaftarkan dalam senarai kenalan.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Scan/Copy atau tab Fax > Contacts

  4. Pilih nombor destinasi yang anda mahu import sijil penyulitan, kemudian klik Edit.

  5. Import sijil penyulitan ke destinasi untuk Encryption Certificate atau Change encryption certificate.

  6. Klik Apply.

    Apabila sijil penyulitan telah diimport, ikon utama dipaparkan pada senarai kenalan.

Perhatian:

Anda boleh menyemak maklumat sijil untuk Encryption certificate status dengan memilih nombor destinasi yang anda telah import sijil penyulitan dan mengklik Edit.