> Meletakkan Dokumen > Mengesan Saiz Asal Secara Automatik

Mengesan Saiz Asal Secara Automatik

Apabila anda memilih Kesan Auto sebagai tetapan saiz dokumen asal, jenis saiz dokumen asal berikut dikenal pasti secara automatik.

Perhatian:

Saiz dokumen berikut mungkin tidak dapat dikesan dengan betul. Jika saiz tidak dapat dikesan, tetapkan saiz secara manual pada panel kawalan.

  • Dokumen yang koyak, terlipat, berkedut atau bergulung (jika dokumen bergulung, ratakan gulungan sebelum meletakkan dokumen.)

  • Dokumen asal dengan lubang pengikat yang banyak

  • OHP, dokumen lut sinar atau dokumen berkilat

Meletakkan dokumen asal pada ADF

Tetapan Keutamaan *1

Meletakkan Tegak *2

Meletakkan Melintang *3

Keutamaan Saiz A/B

A5, B5, A4

Legal, B5, A4, B4, A3

Keutamaan Saiz Inci

A5, Eksekutif, Surat

Legal, Eksekutif, Surat, B4, US B (11×17 in.)

Keutamaan Saiz Lain

A5, 16K (195×270 mm)

Legal, 16K (195×270 mm), A4, 8K (270×390 mm)

*1:Ini item yang dipilih pada skrin tetapan selepas pengisian asal.

*2:Letakkan tepi panjang dokumen asal ke arah pintu masuk suapan kertas ADF.

*3:Letakkan tepi pendek dokumen asal ke arah pintu masuk suapan kertas ADF.

Meletakkan dokumen asal pada kaca pengimbas

Tetapan Keutamaan *1

Meletakkan Tegak *2

Meletakkan Melintang *3

Keutamaan Saiz A/B

B5, A4

A5, B5, A4, B4, A3

Keutamaan Saiz Inci

Eksekutif, Surat

Separuh surat, Eksekutif, Surat, Legal, US B (11×17 in.)

Keutamaan Saiz Lain

B5, 16K (195×270 mm), A4

A5, B5, 16K (195×270 mm), A4, B4, 8K (270×390 mm), A3

*1:Ini item yang dipilih pada skrin tetapan selepas pengisian asal.

*2:Letakkan tepi panjang dokumen asal ke arah bahagian kiri kaca pengimbas.

*3:Letakkan tepi pendek dokumen asal ke arah bahagian kiri kaca pengimbas.