> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Produk > Menyekat Akses daripada Aplikasi

Menyekat Akses daripada Aplikasi

Menyekat penggunaan aplikasi yang boleh mengakses pencetak. Aplikasi yang boleh disekat bergantung pada model.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Umum > Tetapan Rangkaian > (Standard) > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Product Security > Application

  4. Kosongkan kotak semak untuk aplikasi yang mahu anda sekat.

  5. Klik OK.

Untuk membatalkan sekatan pada masa hadapan, hanya pilih aplikasi yang mahu anda benarkan.