> Arahan Penting > Arahan Keselamatan Penting > Mengendalikan Produk Guna Habis

Mengendalikan Produk Guna Habis

  • Jika anda menyentuh dakwat atau bendalir penyelenggaraan dari kotak penyelenggaraan, ambil tindakan berikut:

    • Jika dakwat atau bendalir terkena kulit anda, basuh kawasan tersebut dengan serta-merta menggunakan sabun dan air.

    • Jika dakwat atau bendalir terkena mata anda, bilas mata anda dengan serta-merta menggunakan air. Kegagalan untuk memerhati langkah berjaga-jaga ini boleh menyebabkan mata merah atau kerengsaan ringan. Jika masalah tersebut berterusan, dapatkan nasihat doktor dengan serta-merta.

    • Jika dakwat atau bendalir masuk ke dalam mulut anda, dapatkan nasihat doktor dengan serta-merta.

  • Jangan tanggalkan kartrij dakwat dan kotak penyelenggaraan; jika tidak, dakwat atau bendalir penyelenggaraan boleh masuk ke dalam mata anda atau terkena kulit anda.

  • Jangan menggoncang kartrij dakwat terlalu kuat; jika tidak dakwat mungkin terkeluar daripada kartrij dakwat.

  • Jauhkan kartrij dakwat dan kotak penyelenggaraan daripada capaian kanak-kanak.

  • Jangan biarkan tepi kertas terhiris tangan anda kerana bahagian tepi kertas boleh menyebabkan anda mengalami luka.