Menyimpan fail dengan nama fail menggunakan aksara OCR

Menggunakan OCR (fungsi untuk mengesan teks dalam imej yang diimbas dan menukarnya kepada teks boleh dibaca), anda boleh membaca teks daripada kawasan tertentu dan kemudian menyimpan fail dengan nama fail menggunakan teks yang dikenali.

Bahagian ini menerangkan tetapan tugas untuk "Menyimpan fail menggunakan pembacaan teks dalam OCR".

  1. Paparkan skrin Tetapan Tugas.

  2. Klik tab 2. Simpan, pilih Gunakan pemisahan tugas dan kemudian klik Tetapan Pemisahan.

  3. Pada skrin Tetapan Pemisahan Tugas, tetapkan Pemisah kepada OCR dan kemudian pilih bahasa teks yang sedang dibaca daripada Teks Pengecaman.

  4. Untuk menetapkan kawasan pengesanan teks OCR, letakkan dokumen pada pengimbas, klik Imbas dan kemudian klik OK pada skrin Tetapan Imbasan.

  5. Dalam imej pratonton yang diimbas, tentukan kawasan pengesanan teks. Klik titik mula dan seret untuk memaparkan sempadan biru yang dikembangkan bagi menentukan kawasan pengesanan teks. Klik OK untuk kembali ke skrin Tetapan Tugas.

  6. Klik Tetapan Nama Fail daripada Simpan Tetapan.

  7. Pada skrin Tetapan Nama Fail, tetapkan Nama Fail kepada Aksara OCR dan kemudian pilih bahasa teks yang sedang dibaca daripada Teks Pengecaman.

    Tetapkan bahasa yang sama untuk teks seperti yang ditetapkan dalam langkah 3.

  8. Untuk menetapkan kawasan pengesanan teks OCR, letakkan dokumen pada pengimbas, klik Imbas dan kemudian klik OK pada skrin Tetapan Imbasan.

  9. Dalam imej pratonton yang diimbas, tentukan kawasan pengesanan teks. Klik titik mula dan seret untuk memaparkan sempadan biru bagi menentukan kawasan pengesanan teks.

    Tentukan kawasan yang sama seperti yang ditetapkan dalam langkah 5.

    Perhatian:
    • Dalam Panjang Maksimum Teks Yang Dikesan, anda boleh menentukan bilangan aksara maksimum yang digunakan untuk nama fail daripada teks yang dikesan dalam kawasan yang ditentukan.

    • Pilih Tunjukkan keputusan pengesanan untuk menyemak sama ada teks telah dibaca dengan betul atau tidak. Pada skrin yang dipaparkan selepas pengimbasan, ada boleh menyemak kawasan dan teks yang telah dikenali. Anda juga boleh menentukan semula kawasan (, ), dan membetulkan teks (, ). Selepas menyemak semua halaman, klik Guna Semua Keputusan Pengecaman.