Mencipta dan menyimpan folder menggunakan maklumat aksara kod bar

Menggunakan maklumat kod bar, anda boleh membahagikan fail mengikut setiap halaman yang kod barnya dikesan dan anda boleh mencipta dan menyimpan folder menggunakan maklumat teks dalam kod bar.

Bahagian ini menerangkan tetapan tugas untuk "Mengisih mengikut kod bar dan menyimpan nama folder menggunakan maklumat teks dalam kod bar".

  1. Paparkan skrin Tetapan Tugas.

  2. Klik tab 2. Simpan, pilih Gunakan pemisahan tugas dan kemudian klik Tetapan Pemisahan.

  3. Pada skrin Tetapan Pemisahan Tugas, tetapkan Pemisah kepada Kod Bar, dan kemudian pilih jenis kod bar yang anda mahu gunakan.

    Untuk memilih jenis kod bar, kosongkan Semua Jenis Kod Bar.

  4. Pilih Cipta Folder dan kemudian tetapkan Nama Folder kepada Aksara Kod Bar.

    Perhatian:
    • Apabila menggunakan kod bar 2D yang mempunyai jumlah item bermaklumat yang banyak, pastikan anda menentukan panjang maksimum teks yang boleh dikesan dalam Panjang Maksimum Teks Yang Dikesan.

    • Jika anda tidak menyimpan halaman dengan kod bar, pilih Padamkan halaman untuk pemisah. Halaman dengan kod bar kemudiannya dipadamkan sebelum data disimpan.

    • Pilih Tunjukkan keputusan pengesanan untuk menyemak sama ada teks kod bar telah dikenali dengan betul atau tidak. Pada skrin yang dipaparkan selepas pengimbasan, ada boleh menyemak kawasan dan teks yang telah dikenali. Anda juga boleh menentukan semula kawasan (, ), dan membetulkan teks (, ). Selepas menyemak semua halaman, klik Guna Semua Keputusan Pengecaman.