/ Pengimbasan (Disesuaikan) / Imbasan Lanjutan / Cipta folder dua tahap menggunakan dua jenis kod bar

Cipta folder dua tahap menggunakan dua jenis kod bar

Anda boleh menggunakan dua jenis maklumat kod bar pada dokumen untuk membuat dan menyimpan folder dua tahap.

Bahagian ini menerangkan cara menyediakan tugas yang "membuat folder dengan maklumat kod bar pertama, dan kemudian membuat folder dengan maklumat kod bar kedua di bawahnya dalam struktur folder".

  1. 1Paparkan skrin Tetapan Tugas dan kemudian klik tab 2. Simpan.

  2. 2Pilih Gunakan pemisahan tugas, tetapkan Pemisah kepada Kod Bar dan kemudian klik Tetapan Pemisahan.

  3. 3Pada skrin Tetapan Pemisahan Tugas pilih jenis kod bar yang ingin anda gunakan untuk folder pertama.

    Kosongkan Semua Jenis Kod Bar untuk memilih jenis kod bar berasingan.

    Dalam contoh ini, kami akan memilih kod QR.

  4. 4Pilih Cipta Folder dan kemudian pilih Kod Bar daripada Komponen Nama Folder.

    Perhatian:

    Anda boleh menggunakan kursor untuk menentukan tempat anda mahu menambahkan Komponen Nama Folder.

    Anda juga boleh mengubah tertib komponen dengan memilih item yang ditambahkan dan menyeret/melepaskannya.

    Jika anda mahu memadamkan komponen, pilih item yang ditambahkan dan padamkannya menggunakan kekunci Delete pada papan kekunci anda.

  5. 5Pilih Gunakan pemisahan tugas dalam dua peringkat, tetapkan Pemisah kepada Kod Bar dan kemudian klik Tetapan Pemisahan.

  6. 6Selain itu, pada skrin Tetapan Pemisahan Tugas, pilih jenid kod bar yang ingin anda gunakan untuk folder kedua, pilih Cipta Folder, pilih Kod Bar daripada Komponen Nama Folder, dan kemudian tambahkannya pada Nama Folder.

    Kosongkan Semua Jenis Kod Bar untuk memilih jenis kod bar berasingan.

    Dalam contoh ini, kami akan memilih CODE128.

    Perhatian:
    • Anda boleh menggunakan kursor untuk menentukan tempat anda mahu menambahkan Komponen Nama Folder.

      Anda juga boleh mengubah tertib komponen dengan memilih item yang ditambahkan dan menyeret/melepaskannya.

      Jika anda mahu memadamkan komponen, pilih item yang ditambahkan dan padamkannya menggunakan kekunci Delete pada papan kekunci anda.

    • Semasa menggunakan kod bar 2D dengan banyak maklumat, tentukan bilangan aksara maksimum yang akan digunakan untuk pemisahan dalam Panjang Maksimum Teks Yang Dikesan.

    • Sekiranya anda ingin menyemak jika kod bar telah dikenali dengan betul, pilih Tunjukkan keputusan pengesanan. Anda boleh menyemak kawasan yang dikenali dan teks di skrin yang dipaparkan setelah mengimbas. Anda juga boleh menentukan semula kawasan yang hendak dikenali atau betulkan teks.

Atas