/
Pengurusan Perisian Lanjutan /
Mendayakan Fungsi Perisian Berguna /
Menunjukkan/Menyembunyikan Bar Kemajuan Semasa Mengimbas
Anda boleh menunjukkan atau menyembunyikan bar kemajuan yang dipaparkan semasa mengimbas.
Log masuk ke komputer sebagai pengguna (akaun) dengan keistimewaan pentadbiran. Sekiranya anda diminta memasukkan kata laluan pentadbir, masukkan kata laluan untuk meneruskan.
Sekiranya anda menyembunyikan bar kemajuan, anda tidak boleh membatalkan pengimbasan semasa dokumen sedang diimbas.
1Paparkan folder pemasangan Document Capture Pro
Contoh: <C:\Program Files (x86)\EPSON Software\Document Capture>
2Salin DocumentCapture.Option.ini daripada folder tools kepada folder dalam langkah 1.

3Buka fail DocumentCapture.Option.ini yang disalin dengan editor, dan kemudian edit kandungan [Job].

4Simpan DocumentCapture.Option.ini.