/
Pengimbasan (Disesuaikan) /
Imbasan Lanjutan /
Membuat Indeks Takrifan Pengguna (Hanya Tersedia untuk Model Tertentu)
Anda boleh menetapkan indeks takrifan pengguna berdasarkan kod bar atau OCR, dan mengeluarkannya sebagai data indeks.
Bahagian ini menerangkan tetapan tugas untuk "Membuat indeks takrifan pengguna baru dan mengeluarkannya sebagai fail indeks".
1Paparkan skrin Tetapan Tugas dan kemudian klik tab 3. Indeks.

2Pilih Dayakan Fungsi Indeks.

3Klik Tetapan Indeks Takrifan Pengguna.

4Klik Tambah pada skrin Tetapan Indeks Takrifan Pengguna.

5Pada skrin yang dipaparkan, tetapkan nama dan jenis format untuk indeks takrifan pengguna, dan kemudian klik OK.
Contoh di skrin menunjukkan cara menetapkan indeks takrifan pengguna menggunakan kod bar.

6Tetapkan butiran maklumat indeks, dan kemudian klik OK.
<Semasa membuat indeks takrifan pengguna menggunakan kod bar>

<Semasa membuat indeks takrifan pengguna menggunakan OCR>

7Pilih Output item indeks ke fail.

8Klik Tetapan Output.

9Tetapkan item output dan nama fail yang ingin anda gunakan ketika mengeluarkan item indeks kepada fail, dan kemudian klik OK.
