/ Pengenalan / Mengenai Perisian ini

Mengenai Perisian ini

Document Capture Pro membolehkan anda mendigitkan dokumen asal dan borang dengan mudah dan berkesan supaya sesuai dengan keperluan anda.

Document Capture Pro menyediakan fungsi yang berikut.

  • Anda boleh mengurus dan melakukan set operasi seperti mengimbas dan menyimpan, sebagai “tugas”.

  • Anda boleh mengkonfigurasikan “tugas” agar menyimpan imej yang diimbas dalam pelbagai format (PDF/BMP/JPEG/JPEG2000/TIFF/Berbilang TIFF/PNG/DOCX/XLSX/PPTX).

  • Anda boleh mengisih tugas secara automatik dengan menyisipkan kertas pembahagi antara dokumen asal atau dengan menggunakan maklumat kod bar pada dokumen asal.

  • Anda boleh mengoutputkan maklumat pengimbasan atau item yang perlu untuk kandungan yang diimbas seperti data indeks.

  • Anda boleh menetapkan berbilang destinasi.

  • Anda boleh mengimbas menggunakan operasi mudah tanpa perlu mencipta tugas.

Dengan menggunakan fungsi ini, anda boleh mendigitkan dokumen kertas dengan lebih berkesan seperti mengimbas beberapa dokumen yang besar atau menggunakannya dalam rangkaian.

Perisian juga menyokong peranti berbilang fungsi dengan fungsi imbasan.

Atas