> Maklumat Pentadbir > Menyekat Sambungan Pemacu USB dan USB Komputer

Menyekat Sambungan Pemacu USB dan USB Komputer

Anda boleh menyahdayakan antara muka yang digunakan untuk menyambungkan peranti ke pengimbas. Buat tetapan sekatan untuk menyekat pengimbasan selain daripada melalui rangkaian.

Perhatian:

Anda juga boleh membuat tetapan daripada panel kawalan pengimbas.

  • Memory Device: Tetapan > Tetapan Asas > Pemacu USB

  • Sambungan PC melalui USB: Tetapan > Tetapan Asas > Sambungan PC melalui USB

  1. Akses Web Config dan pilih tab Product Security > External Interface.

  2. Pilih Disable pada fungsi yang ingin anda tetapkan.

    Pilih Enable untuk mengalih keluar sekatan.

    • Memory Device
      Menyekat imbasan ke pemacu USB melalui port USB antara muka luaran.
    • PC connection via USB
      Menyekat sambungan USB ke komputer.
  3. Klik OK.

  4. Pastikan port yang dinyahdayakan tidak boleh digunakan.

    • Memory Device
      Sahkan bahawa tiada respons semasa menyambungkan pemacu USB ke port USB antara muka luaran.
    • PC connection via USB
      Jika pemacu telah dipasang pada komputer
      Sambungkan pengimbas ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan pengimbas tidak mengimbas.
      Jika pemacu tidak dipasang pada komputer
      Windows:
      Buka pengurus peranti dan biarkannya, sambungkan pengimbas ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan kandungan paparan pengurus peranti kekal tidak berubah.
      Mac OS:
      Sambungkan pengimbas ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan anda tidak boleh menambahkan pengimbas daripada Pencetak & Pengimbas.