> Menyelesaikan Masalah > Masalah Imej yang Diimbas > Tidak Boleh Mengimbas Kawasan yang Betul pada Kaca Pengimbas

Tidak Boleh Mengimbas Kawasan yang Betul pada Kaca Pengimbas

  • Pastikan dokumen diletakkan dengan betul pada tanda penjajaran.

  • Jika bahagian tepi imej yang diimbas terputus, jauhkan sedikit dokumen daripada bahagian tepi kaca pengimbas.

  • Jika dokumen tebal, letakkannya di tengah kaca pengimbas. Pastikan bahawa pencahayaan luaran, seperti daripada lampu atau sumber lain, tidak memancar terus ke kaca pengimbas.

  • Saiz maksimum dokumen yang boleh anda imbas ialah 215.9×297.1 mm (8.5×11.7 in.).

  • Terdapat kawasan di bahagian tepi atas, bawah, kiri, dan kanan kaca pengimbas yang tidak boleh diimbas.

    • Atas: 1.5 mm (0.06 in.)

    • Kiri: 1.5 mm (0.06 in.)

    • Kanan: 8 mm (0.31 in.)

    • Bawah: 15 mm (0.59 in.)

  • Semak tetapan dalam Pembetulan Tepi. Apabila didayakan, bahagian tepi imej dibetulkan. Cuba tukar tetapan.

    Document Capture Pro (Windows)/Document Capture (Mac OS X): tekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan untuk membuka skrin Epson Scan 2. Pada tab Tetapan Lanjutan, pilih Tiada daripada Pembetulan Tepi.

    Epson Scan 2: pada tab Tetapan Lanjutan, pilih Tiada daripada Pembetulan Tepi.