Menyemak Status Sambungan (Windows)

Gunakan Epson Scan 2 Utility untuk menyemak status sambungan.

Perhatian:

Epson Scan 2 Utility ialah aplikasi yang dibekalkan dengan perisian pengimbas.

  1. Mulakan Epson Scan 2 Utility.

    • Windows 11
      Klik butang mula dan pilih Semua aplikasi > EPSON > Epson Scan 2 Utility.
    • Windows 10
      Klik butang mula dan pilih EPSON > Epson Scan 2 Utility.
    • Windows 8.1/Windows 8
      Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
    • Windows 7
      Klik butang mula dan pilih Semua Program atau Program > EPSON > Epson Scan 2 > Epson Scan 2 Utility.
  2. Pada skrin Epson Scan 2 Utility, buka senarai Pengimbas, kemudian klik Tetapan untuk membuka skrin Tetapan Pengimbas.

    Jika skrin Tetapan Pengimbas sudah dipaparkan, pergi ke langkah berikutnya.

  3. Jika pengimbas tidak dipaparkan pada skrin Tetapan Pengimbas, pengimbas anda tidak dikesan.

    Klik Dayakan Pengeditan untuk membenarkan perubahan pada tetapan.

  4. Klik Tambah, kemudian tambahkan pengimbas anda pada skrin Tambah Pengimbas Rangkaian.

    Jika pengimbas anda tidak dipaparkan dalam Cari Rangkaian, masukkan alamat IP pengimbas dalam Masukkan alamat. Dalam persekitaran rangkaian dengan sambungan wayarles dan berwayar, pengimbas mungkin tidak dipaparkan dalam carian jika ia berada pada segmen yang berbeza.

Jika anda tidak dapat mencari pengimbas atau tidak dapat mengimbas walaupun pengimbas yang betul telah dipilih, lihat maklumat berkaitan.