Apabila imej yang diimbas kelihatan comot atau bercalar, bersihkan kaca pengimbas.
Jangan sekali-kali gunakan alkohol, pencair atau sebarang pelarut yang menghakis untuk membersihkan pengimbas. Berbuat demikian boleh menyebabkan perubahan bentuk atau warna berlaku.
Jangan sekali-kali menyembur sebarang cecair atau pelincir pada pengimbas. Kerosakan pada peralatan atau litar boleh menyebabkan operasi yang tidak normal.
Jangan sekali-kali buka bekas pengimbas.
Buka penutup dokumen.

Sediakan kain yang lembut dan kering.

Lapkan sebarang kotoran pada kaca pengimbas.

Jangan kenakan tekanan yang terlalu kuat pada permukaan kaca.
Jangan gunakan berus atau alat yang keras. Sebarang calar pada kaca boleh memberi kesan kepada kualiti imbasan.
Jika permukaan kaca dikotorkan dengan gris atau bahan lain yang sukar ditanggalkan, gunakan sedikit bahan pembersih kaca pada kain lembut untuk menanggalkannya. Selepas membuang kotoran, lap bersih-bersih untuk memastikan tiada lagi kelembapan.
Jangan gunakan kit pembersihan Epson untuk membersihkan kaca pengimbas.
Tutup penutup dokumen.
