> Menyelesaikan Masalah > Masalah Imej yang Diimbas > Margin Pengikat Buku Kecil Herot atau Kabur

Margin Pengikat Buku Kecil Herot atau Kabur

Apabila mengimbas buku kecil pada kaca pengimbas, aksara mungkin kelihatan herot atau kabur pada margin pengikat. Jika masalah ini berlaku, teks tidak dikenali dengan betul semasa anda menyimpan imej yang diimbas sebagai PDF boleh dicari.

Untuk mengurangkan herotan atau kekaburan pada margin pengikat, tekan kulit dokumen dengan perlahan dan pegangnya semasa mengimbas untuk meratakan buku kecil. Pastikan anda tidak menggerakkan buku kecil itu semasa mengimbas.

Penting:

Jangan tekan kulit dokumen dengan terlalu kuat. Jika tidak, buku kecil atau pengimbas boleh rosak.