Baca dan ikut arahan ini untuk memastikan produk ini digunakan dengan selamat. Pastikan anda menyimpan manual ini untuk rujukan pada masa hadapan. Selain itu, pastikan anda mengikut semua amaran dan arahan yang ditandakan pada produk.
Sesetengah simbol yang digunakan pada produk anda adalah untuk memastikan produk digunakan dengan selamat dan betul. Lawati Laman web berikut untuk mengetahui makna simbol tersebut.
Letakkan produk pada permukaan yang rata dan stabil yang lebih luas daripada tapak produk dalam semua arah. Jika anda meletakkan produk di dinding, jarakkan ruang antara belakang produk dan dinding lebih daripada 10 cm (3.94 in.).
Elakkan tempat berhabuk, terdapat renjatan elektrik atau getaran.
Letakkan produk berdekatan komputer supaya kabel antara muka mudah disambungkan. Jangan letakkan atau simpan produk atau kord kuasa di kawasan luar, berdekatan tempat yang terlalu kotor atau berhabuk, berair, tempat yang panas atau di lokasi yang terdapat renjatan elektrik, getaran, bersuhu atau kelembapan tinggi, pancaran matahari, sumber cahaya yang kuat atau perubahan suhu atau kelembapan yang cepat.
Jangan gunakan produk semasa tangan anda basah.
Letakkan produk berdekatan soket elektrik supaya mudah mencabut palam kod kuasa.
Kord kuasa hendaklah diletakkan bagi mengelakkan lelasan, terpotong, tergunting dan tercerut. Jangan letakkan objek di atas kord dan jangan biarkan kord kuasa dipijak atau digelek. Pastikan kord lurus di bahagian hujung.
Gunakan kord kuasa yang dibekalkan dengan produk sahaja dan jangan gunakan kord itu dengan mana-mana peralatan lain. Penggunaan kord lain dengan produk ini atau penggunaan kord kuasa yang dibekalkan ini dengan peralatan lain boleh menyebabkan kebakaran tau renjatan elektrik.
Gunakan jenis sumber kuasa yang ditunjukkan pada label produk sahaja dan sentiasa bekalkan kuasa terus dari salur elektrik domestik standard.
Semasa menyambungkan produk ini ke komputer atau peranti lain dengan kabel, pastikan arah penyambung betul. Setiap penyambung mempunyai satu arah yang betul sahaja. Apabila anda memasang penyambung dengan arah yang salah, anda boleh merosakkan kedua-dua peranti yang disambungkan dengan kabel.
Elakkan daripada menggunakan salur elektrik pada litar yang sama dengan mesin fotostat atau sistem kawalan udara yang kerap dihidupkan dan dimatikan.
Jika anda menggunakan kord sambungan dengan produk ini, pastikan jumlah kadaran ampere peranti yang dipalamkan pada kord sambungan tidak melebihi kadaran ampere kord. Selain itu, pastikan jumlah kadaran ampere bagi semua peranti yang dipalamkan pada salur elektrik tidak melebihi kadaran ampere salur elektrik.
Jangan leraikan, ubah suai atau cuba membaiki produk atau pilihan produk dengan sendiri kecuali seperti yang diterangkan secara khusus dalam panduan produk.
Jangan masukkan objek ke dalam sebarang bukaan kerana objek ini boleh menyentuh titik voltan berbahaya atau menyebabkan litar pintas. Berhati-hati dengan bahaya renjatan elektrik.
Jika kerosakan pada palam berlaku, gantikan set kord atau rujuk juruelektrik yang berkelayakan. Jika terdapat fius di dalam palam, pastikan anda menggantikan fius dengan saiz dan kadaran yang betul.
Tanggalkan palam produk dan kord kuasa serta rujuk kakitangan servis yang berkelayakan untuk melakukan servis di bawah keadaan berikut: Kord kuasa atau palam rosak; produk dimasuki air; produk atau kord kuasa telah jatuh atau bekasnya telah rosak; produk atau kord kuasa tidak berfungsi seperti biasa atau menunjukkan perubahan prestasi yang ketara. (Jangan laraskan kawalan yang tidak terdapat dalam arahan pengendalian.)
Tanggalkan palam produk dan kord kuasa sebelum membersihkan. Bersihkan dengan kain lembap sahaja. Jangan gunakan pembersih berbentuk cecair atau aerosol.
Jika anda tidak mahu menggunakan produk atau pilihan untuk jangka masa yang lama, pastikan anda menanggalkan kord kuasa dari salur elektrik.
Jika kord kuasa yang disertakan dengan produk anda mempunyai pin pembumian, sambungkan pengimbas ke salur keluar elektrik yang dibumikan. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan kebakaran atau renjatan elektrik.
Pastikan produk ini berada sekurang-kurangnya 22 cm (8.66 in.) dari perentak jantung. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada pengendalian perentak jantung.
Jangan gunakan produk ini di dalam kemudahan perubatan atau berhampiran peralatan perubatan. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada pengendalian peralatan perubatan elektrik.
Jangan gunakan produk ini berhampiran peranti yang dikawal secara automatik seperti pintu automatik atau penggera kebakaran. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada peranti ini dan boleh menyebabkan kemalangan kerana pincang tugas.
Sekiranya skrin LCD rosak, hubungi pengedar anda. Di A.S., Kanada, dan Amerika Latin, hubungi bahagian Sokongan Epson. Sekiranya larutan kristal cecair terkena tangan anda, cuci mereka secara menyeluruh dengan sabun dan air. Sekiranya larutan kristal cecair masuk ke dalam mata anda, segera siram mereka dengan air. Sekiranya ketidakselesaan atau masalah penglihatan kekal selepas curahan menyeluruh, sila berjumpa doktor dengan segera.
Jangan letakkan objek yang berat pada kaca pengimbas dan jangan tekan kaca dengan terlalu kuat.