> Pilihan Menu untuk Tetapan > Tetapan Pengimbas

Tetapan Pengimbas

Prlindungn Krtas

Apabila imbasan menggunakan ADF dan keadaan berikut berlaku, pengimbas mengesan beban berlebihan pada ADF dan menghentikan imbasan dengan serta-merta untuk mengurangkan kerosakan pada dokumen.

  • Ralat suapan kertas telah berlaku

  • Dokumen telah disuap pada satu sudut

Untuk mendayakan ciri ini, pilih tahap pengesanan yang anda ingin gunakan. Lihat jadual berikut untuk mendapatkan perincian tentang setiap tahap.

Tahap

Penerangan

Hidup-Rendah

Rendahkan kepekaan untuk mengesan kesengetan dokumen.

Hidup-Sederhana

Kesan kesengetan dokumen yang dikokot dan kesengetan yang tidak dapat dikesan oleh Hidup-Rendah.

Hidup-Tinggi

Tingkatkan kepekaan untuk mengesan kesengetan dokumen.

Penting:
  • Ciri ini tidak menghalang semua dokumen daripada rosak.

  • Ralat suapan kertas mungkin tidak dapat dikesan bergantung pada keadaan suapan dokumen yang disuap.

Perhatian:

Ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan betul bergantung pada dokumen, keadaan penyuapan kertas dan tahap yang ditetapkan.

  • Jika positif palsu kerap berlaku, cuba turunkan tahapnya.

  • Jika yang dokumen berbentuk tidak sekata atau diimbas pada sudut, ia mungkin tersilap dikesan sebagai ralat suapan kertas.

  • Semasa mengisi beberapa dokumen, pastikan anda samakan bahagian hadapan dokumen. Dokumen boleh dikesan secara salah sebagai ralat suapan jika bahagian tepi dokumen tidak disamakan, walaupun jika diimbas dengan betul.

  • Pastikan anda menjajarkan panduan tepi dengan dokumen untuk mengelakkan mengimbasnya pada sudut.

Kesan Kaca Kotor

Apabila mengimbas menggunakan ADF, mengesan kotoran pada permukaan kaca di dalam pengimbas (sensor bacaan ADF). Anda boleh memilih tahap pengesanan.

Bergantung kepada kotoran, ciri ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan betul.

Tmbh hlmn slps Tamat Msa Imbasan

Tetapkan tamat masa semasa menggunakan Tambah Halaman Slps Imbasan.

Tetapan ini hanya tersedia apabila mengimbas daripada "Folder Rangkaian dan FTP", "E-mel", "Awan", atau "pemacu USB". Anda boleh menetapkan masa untuk menyelesaikan imbasan secara automatik apabila "Tambah Halaman Selepas Imbasan" ditetapkan kepada "Hidup".

Sahkan Penerima

Anda boleh menyemak destinasi sebelum mengimbas.