Jangan sekali-kali gunakan alkohol, pencair atau sebarang pelarut yang menghakis untuk membersihkan pengimbas. Perubahan bentuk atau warna boleh berlaku.
Jangan sekali-kali menyembur sebarang cecair atau pelincir pada pengimbas. Kerosakan pada peralatan atau litar boleh menyebabkan operasi yang tidak normal.
Jangan sekali-kali buka bekas pengimbas.
Tarik tuil dan buka penutup pengimbas.

Lap sebarang kotoran pada penggulung plastik dan permukaan kaca di sebelah bawah di dalam penutup pengimbas menggunakan kain lembut atau kit pembersih Epson yang tulen.

Jangan kenakan tekanan yang terlalu kuat pada permukaan kaca.
Jangan gunakan berus atau alat yang keras. Sebarang calar pada kaca boleh memberi kesan kepada kualiti imbasan.
Jangan sembur bahan pembersih pada permukaan kaca.
Tutup penutup pengimbas.
Jika mesej ralat Pengesanan Kotoran Kaca kerap dipaparkan, anda boleh menukar tahap pengesanan.
Pilih Tetapan > Tetapan Pengimbas > Pengesanan Kotoran Kaca pada panel kawalan pengimbas.