Dalam Mod Suapan Automatik, imbasan bermula secara automatik apabila dokumen diisi dalam ADF. Ini berguna semasa mengimbas dokumen satu demi satu.
Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda juga boleh menggunakan Mod Suapan Automatik.
Mulakan Epson Scan 2.
Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap Epson Scan 2 dengan mengklik butang Tetapan Terperinci pada skrin tetapan imbasan.
Klik tab Tetapan Utama > Mod Suapan Automatik.

Tentukan tetapan lain untuk mengimbas pada skrin tetapan.
Anda boleh membuat tetapan tamat masa untuk keluar daripada Mod Suapan Automatik.
Pilih Tetapan pada senarai Sumber Dokumen untuk membuka tetingkap Tetapan Sumber Dokumen. Tetapkan Tamat Masa Mod Suapan Automatik (saat) pada skrin yang dipaparkan.
Klik Imbas.
Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, klik Simpan untuk menyimpan tetapan imbasan. Apabila anda mula mengimbas, Mod Suapan Automatik dimulakan.
Mod Suapan Automatik bermula.
Tukar kedudukan pengimbas mengikut jenis dokumen, laraskan panduan tepi, dan kemudian letakkan dokumen dalam ADF.
Imbasan bermula secara automatik.
Selepas imbasan berhenti, letakkan dokumen seterusnya dalam ADF.
Ulangi prosedur ini sehingga anda selesai mengimbas semua dokumen.
Selepas anda mengimbas semua dokumen, keluar daripada Mod Suapan Automatik.
Tekan butang
pada pengimbas atau tekan Selesai pada skrin Mod Suapan Automatik yang dipaparkan pada komputer anda.
Imej yang diimbas disimpan pada folder yang anda tentukan.