Pastikan terdapat ruang yang mencukupi di hadapan pengimbas untuk dokumen yang ditolak keluar.
Pastikan lampu kedudukan pengimbas (
) dihidupkan.

Pastikan lampu kedudukan pengimbas (
) dimatikan, tarik pemilih kedudukan pengimbas untuk mencondongkan pengimbas kembali.

Buka bekas input.

Angkatkan sambungan bekas input.

Gerakkan panduan tepi hingga menyentuh bahagian tepi sampul surat.

Muatkan dokumen ke dalam bekas input dalam keadaan lurus, menghadap ke atas dengan sisi bahagian atas menghadap ADF.
Masukkan kertas ke dalam ADF hingga ke hujung.

Apabila memuatkan kertas panjang, sokongnya di bahagian input supaya ia tidak tercicir daripada ADF, dan bahagian keluaran supaya kertas yang dikeluarkan tidak tersekat atau jatuh dari bekas output.

Laraskan panduan tepi agar sesuai dengan tepi dokumen supaya tiada celah. Jika terdapat sebarang celah, dokumen mungkin akan condong.

Selain itu, semasa mengimbas kertas panjang, sokong kedua-dua hujung dokumen dengan tangan anda untuk mengelakkannya daripada senget.

Anda boleh mengimbas kertas panjang pada resolusi berikut.
· Sehingga 393.7 mm: 600 dpi atau kurang
· 393.7 mm hingga 3,048 mm: 300 dpi atau kurang
Anda perlu menentukan saiz kertas dalam tetingkap Epson Scan 2.
Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.
Pada tab Tetapan Utama dalam Epson Scan 2, pilih Auto Kesan (Kertas Pjg) sebagai Saiz Dokumen.