Jenis dokumen berikut mungkin tidak dapat diimbas dengan betul.
Dokumen yang mempunyai permukaan khas seperti kertas berkilat, kertas terma atau kertas bersalut.
Dokumen dengan permukaan tidak rata yang ketara seperti kertas kepala surat.
Dokumen yang baru dicetak
Dokumen yang terdapat garis lipatan
Dokumen yang berlubang
Dokumen dengan label atau pelekat
Kertas karbon dan kertas tanpa karbon
Dokumen yang bergulung
Dokumen yang berkedut atau terkoyak
Kertas tanpa karbon mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan penggulung di dalam pengimbas. Jika anda mengimbas kertas bebas karbon, bersihkan penggulung pikap dan penggulung pemisahan dengan kerap. Selain itu, mengimbas kertas bebas karbon boleh memendekkan kitaran hayat penggulung dengan lebih cepat berbanding mengimbas kertas biasa.
Dokumen yang berkedut mungkin mengimbas dengan lebih baik jika anda meratakan kedutan sebelum mengimbas.
Untuk mengimbas dokumen yang sensitif atau dokumen yang mudah kedut, gunakan Helaian Pembawa (dijual berasingan).
Untuk mengimbas sumber yang salah dikesan sebagai suapan berganda, pilih Mati dalam Kesan Penyuap Berganda pada tab Tetapan Utama pada skrin Epson Scan 2 sebelum mengimbas.
Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.
Label atau pelekat mestilah dilekatkan dengan kemas pada dokumen tanpa terdapat gam yang terkeluar. Apabila mengimbas dokumen dengan label atau pelekat yang kelihatan seperti ia mudah tanggal, gunakan helaian pembawa dan imbas dokumen dengan pengimbas dalam kedudukan laluan lurus.
Cuba luruskan dokumen yang bergulung sebelum mengimbas.
Untuk dokumen yang ada lipatan, ratakan dokumen supaya ketinggian lipatan adalah 5 mm (0.2 inci) atau kurang sebelum memuatkannya.