Apabila mendayakan kawalan akses, hanya pengguna berdaftar akan dapat menggunakan pencetak.
Apabila Access Control Settings didayakan, anda perlu memberitahu pengguna tentang maklumat akaun mereka.
Apabila mencetak dari komputer, tetapkan maklumat pengguna pencetak pada komputer klien.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Product Security > Access Control Settings > Basic
Pilih Enables Access Control.
IJika anda mendayakan Kawalan Akses dan ingin mencetak atau mengimbas daripada peranti pintar yang tidak mempunyai maklumat pengesahan, pilih Allow printing and scanning without authentication information from a computer.
Pemacu pencetak Windows Epson membolehkan anda menetapkan maklumat pengguna terlebih dahulu. Dalam Mac OS, anda perlu memasukkan maklumat pengguna setiap kali anda mencetak.
Klik OK.
Mesej selesai akan dipaparkan selepas tempoh tertentu.
Pastikan ikon seperti salin dan imbas dikelabukan pada panel kawalan pencetak.